cerita 10

Tahukah anda bahawa kalkulator telah dicipta oleh sekumpulan pemikir yang bergelar 'Illuminati' dari Amerika Syarikat?
Illuminati secara ringkasnya merupakan golongan2 intelektual dan saintis yang tidak bersetuju dengan kongkongan pihak gereja terhadap idea2 yang dicetuskan oleh golongan awam, maka mereka terus membina sempadan antara agama dan gereja.
Sehinggalah pada lewat pertengahan kurun ke-18, seorang pemikir matematik yang disyaki juga dari kumpulan Illuminati yang bernama John Excalibur Wright mendapat ilham untuk melemahkan lagi daya kreativiti mereka yang tidak kritikal terhadap perkembangan pengetahuan matematik, sains dan teknologi. Mr Wright berpendapat bahawa, seandainya masyarakat umum dapat dibawa hanyut oleh arus kesenangan, kemewahan dan cukup takut akan kesusahan dan kepayahan, maka akan tiba suatu masa bahawa golongan ini akan menuruti apa sahaja kehendak golongan yang boleh memberikan mereka kesenangan. Maka, seandainya penduduk bumi dibiasakan dengan bahan2 teknologi, maka akan sampai suatu masa dimana teknologi tidak mampu lagi digunakan akibat serangan agung teknologi yang dinamakan 'The Awaited Technological Massacre'. Akibatnya, penduduk global akan tunduk kepada para saintis fundamental untuk memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan didunia.
Kalkulator merupakan salah satu daripada 17 agenda mereka. Buktinya, kalkulator Texas Instrument TI-83 merupakan antara kalkulator terlaris dipasaran global yang digunapakai oleh cerdik pandai seluruh dunia.
Sebarkanlah berita ini kepada semua rakan2 anda seandainya anda sayangkan ummat manusia masa akan datang.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home